19 Mei 2010

Hadiah AF kereta Peugeot milik Stacy terlibat kemalangan


Penyanyi kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali Stacy, 20, terkilan kerana kereta dimenangi sebagai juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6) remuk selepas terbabit kemalangan jalan raya di ibu negara, Ahad lalu. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah itu bersyukur kerana abangnya yang memandu Peugeot 307 bernilai lebih RM70,000 itu terselamat dan hanya cedera, termasuk patah kaki.Dalam insiden awal pagi Ahad (16/5), abang kepada Stacy yang dikenali sebagai Chelton, 26, nyaris maut apabila kereta dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan di Bandar Baru Kinrara, Puchong. Ketika kejadian, Chelton berseorangan dalam kereta terbabit manakala penyanyi berkenaan difahamkan sedang bercuti dan hanya dimaklumkan insiden berkenaan oleh ahli keluarganya. -hMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian Anda