31 Mei 2010

Juara AF8...Shahir...


lirik lagu : Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

26 Mei 2010

Mentega Laut ( Belacan ) untuk pesanan


Sesiapa yang berminat untuk membeli Mentega Laut ( Belacan ) yang terbaik punya dan berkualiti.. Bolehlah membuat pesanan dgn meninggalkan nama dan no. telefon melalui ruang ulasan yang disediakan @ sms ke 012-4911093 , ianya dijual dengan harga
RM 4.50 satu. Try dulu baru tauuu.......!!!

20 Mei 2010

Karnival Sukan SPR 2009


Kenangan bersama rakan-rakan semasa di Karnival Sukan SPR 2009 bertempat di IKM Manjung, Perak. Bermacam-macam dugaan dan cabaran yg dialami semasa berkampung di sana dengan tempat tidur yg tak berapa selesa laa... Ala-ala tidur kt asrama masa dok poli dulu laa.. Tidur kat dorm.. dgn panas...nasib baik nyamuk tak dak..!!


Kena masuk perbarisan la plak....!!berlatih punya berlatih dapat nombor 2 la seingat aku. Jadilaa...berlatih last-last minit..!!!! Bolehla tu..
Setelah penat bermain, tiba waktu dan ketikanya pengumuman juara keseluruhan. Siapa lagi kalau tak geng HQ , tiap-tiap tahun asyik dia orang ja...

19 Mei 2010

Hadiah AF kereta Peugeot milik Stacy terlibat kemalangan


Penyanyi kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali Stacy, 20, terkilan kerana kereta dimenangi sebagai juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6) remuk selepas terbabit kemalangan jalan raya di ibu negara, Ahad lalu. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah itu bersyukur kerana abangnya yang memandu Peugeot 307 bernilai lebih RM70,000 itu terselamat dan hanya cedera, termasuk patah kaki.Dalam insiden awal pagi Ahad (16/5), abang kepada Stacy yang dikenali sebagai Chelton, 26, nyaris maut apabila kereta dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan di Bandar Baru Kinrara, Puchong. Ketika kejadian, Chelton berseorangan dalam kereta terbabit manakala penyanyi berkenaan difahamkan sedang bercuti dan hanya dimaklumkan insiden berkenaan oleh ahli keluarganya. -hMetro

Anak-anakku..



Anak perempuan aku... Nak ambil gambar je mesti nak berposing. Ini adalah fesyen terbaru masakini. Fesyen pakaian tidur di musim sejuk..Hahahaha..!!!
Dalam kereta pun sempat lagi berposing ni.

17 Mei 2010

Dalam pembinaan...




Rumah kedua orang tuaku yang masih dalam pembinaan. Bajet pula dah habis..!! Tertangguh buat seketika. Kepada sapa2 yang nak menghulurkan sumbangan ikhlas silakan..HEhehhee....!!!

SPR salahkan DAP lengahkan keputusan undi




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu malam semalam. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.Berikutan itu, katanya, penolong pegawai pengurus pilihan raya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti berkenaan."Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu ejen parti," katanya.Berikutan itu, keputusan pilihan raya kecil itu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng, kira-kira 11 malam semalam, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam.Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi.Abdul Aziz juga kesal dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang dari luar Sarawak yang tidak menghormati peraturan semasa berada dalam dewan penjumlahan undi."Mereka cuba menunjukkan mereka boleh membuat apa sahaja tanpa perlu mengikut peraturan dan ini tidak baik dan tidak harus ditunjukkan kepada orang tempatan di sini yang tinggi semangat hormat-menghormati," katanya.Secara keseluruhan, Pengerusi SPR berkata pilihan raya kecil di Sibu boleh disifatkan antara yang terbaik berbanding pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. - Bernama

13 Mei 2010


SEREMBAN: Johan pengacara rancangan Raja Lawak cedera di bahagian mukanya selepas dipercayai dibaling gelas kaca dalam pergaduhan dengan seorang pengarah drama di sebuah kedai di Sikamat, Seremban, petang semalam

Amalan Persekitaran 5S ( Zon SAga )



Ahli kumpulan Zon Saga yang baru 2010...

Carian Anda