09 Jun 2010

Warna-warni SuaRAsa 2010 TV9

Bersiar-siar di sekitar perkarangan Stadium Darul Aman,Alor Setar,Kedah. Sambil melihat artis-artis terkenal seperti Intan Ladyana, Alif Satar, bintang Idola Kecil Azzam dan banyak lagi la...macam-macam ada. Mmmmmm...anak-anakku ; Amzar, dapatla pencil box dan beg Upin dan Ipin. Adriana dapat bear Upin dan Ipin. Aku pula dapat cenderahati je....tu pun jawab soalan...!!! Isteri aku pula dapatla bergambar bersama pengacara TV9 , Fara Adiba. Keseluruhan sepanjang 2 hari Warna-warni SuaRasa 2010 TV9 ni memang bestla...!! Patut dijadikan aktiviti tahunan rasanya..

Lawatan 5S daripada Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM )

Pada hari ini SPR Kedah telah menerima lawatan 5S daripada Jabatan Pertahanan Awam cawangan Kedah ( JPAM ) . Mereka telah diberi taklimat oleh En. Afizam selaku Pengerusi 5S.

08 Jun 2010

Drama FADZILAH KAMTUMI

Video - Shahir AF8

Tragedi Piala Dunia 2010...Demam sudah bermula..!!!

Baru perlawanan persahabatan Piala Dunia 2010, yang mana menemukan Korea Utara dengan Nigeria. Bermacam-macam insiden berlaku. 10 orang mengalami kecederaan akibat 1ribu peminat bolasepak merempuh masuk ke dalam stadium dan seorang pegawai polis cedera teruk.


Dijangkakan seramai 350ribu peminat bolasepak seluruh dunia akan berkumpul sepanjang Piala Dunia 2010 Afrika Selatan berlangsung.

Piala Dunia 2010


Piala Dunia 2010, bahangnya semakin terasa. 32 pasukan bertanding siapakah bakal menjadi juara bagi edisi kali ini . Lihat jadual http://www.fifa.com/worldcup/matches/index.html.

02 Jun 2010

Kenangan bersama rakan-rakan














Kenangan semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri Hijau Kuning di stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah. Meraikan kejayaan Kedah menjuarai "Double Treble".














Piala-piala yang di idamkan oleh semua pasukan bolasepak negeri, kini tinggal kenangan bagi pasukan Kedah. Sampai bilakah piala tersebut menjadi kenangan dan milik pasukan lain..... Renung-renungkan dan selamat beramal..!!!! Pulun Kedah Pulun...!!

Klip video kumpulan Kristal.

01 Jun 2010

Aku punya Sijil Simpanan Premium BSN


Sijil Simpanan Premium BSN... Baru je beli tadi. Bermodalkan RM10.00... hahahahaaa...!!! Orang BSN datang kat Wisma Persekutuan Anak Bukit dekat ofis aku laa. Harap2 dapat tuah la sebab dalam bulan kelahiran aku ( JUN ). Tak dapat hadiah besar, dapat hadiah kecil pun jadilah... Ada pepatah mengatakan " Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam". Harap-harap tu untung sabutlaaaa...!!! Amin...!!!!

Carian Anda