Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kini Syawal menjelma, hari yang paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam di dunia. Tema pakaian pada tahun ini adalah hijau muda.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan aku adalah ketika meraikan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Hari Raya Aidilfitri bertambah ceria lagi dengan kenangan manis ketika mengunjungi rumah terbuka Datuk K dan Dato' Siti Nurhaliza di Permatang Pasir berhampiran je dengan rumah kedua ibubapaku, Kota Kuala Muda, Kedah. Dapat bersalaman dan bergambar dengan penyanyi no.1 Malaysia dan Datuk K.
Yang seronoknya lagi adalah anak-anak , dapat duit Raya laa.. Tapi dalam keseronokan itu juga ada kenangan pahit yang sukar dilupakan iaitu songkok anak aku boleh hilang... Adoi baru je beli..!! Tapi tak pe Datuk K dan Dato' Siti punya pasal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan